Majlis Eropah
Majlis Eropah

Majlis Eropah

Majlis Eropah (bahasa Inggeris: Council of Europe) merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa yang mengandungi 47 negara di benua Eropah kecuali Belarus dan Kazakhstan. Kanada, Jepun, Mexico, Amerika Syarikat dan Takhta Suci merupakan pemerhati dalam Majlis manakala Kanada, Israel dan Mexico merupakan pemerhati dalam Perhimpunan Parlimen. Ahli-ahli dan negara bukan ahli Majlis Eropah telah menandatangani beberapa perjanjian penting, antaranya Konvensyen Jenayah Siber, Konvensyen Antipenyalahgunaan Dadah (Anti-doping convention), Konvensyen Perlindungan Habitat Semula jadi dan Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah.Bahasa rasmi Majlis Eropah ialah bahasa Inggeris dan Perancis, manakala bahasa Jerman, Itali dan Rusia digunakan sebagai bahasa kerja dalam Perhimpunan Parlimen.Majlis Eropah beribu pejabat di Istana Eropah, Strasbourg, Perancis. Negara-negara di Eropah yang menerima kedaulatan undang-undang dan menjamin hak asasi manusia dan kebebasan rakyatnya dalah dijemput menyertai Majlis Eropah.Majlis Eropah adalah berbeza daripada Kesatuan Eropah.

Majlis Eropah

Laman web rasmi www.coe.int
Presiden Kongres Jean-Claude Frécon
Bahasa rasmi Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis
Bahasa kerja lain: Bahasa Jerman, Bahasa Itali, Bahasa Rusia
Presiden Perhimpunan Parlimen Parliamentary Assembly Michele Nicoletti
Pembentukan Perjanjian London 1949
Lokasi
Ibu pejabat Strasbourg, Perancis
Deputy Secretary General Gabriella Battaini-Dragoni
Setiausaha agung Thorbjørn Jagland
Kependekan
CoE
Ahli
  • 47 negara anggota
  • 5 pemerhati Majlis
  • 3 pemerhati Dewan
Presiden Jawatankuasa Menteri Marija Pejčinović Burić
Jenis Pertubuhan antara kerajaan rantau